ZTE Blade A54 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM369

November 27th, 2023 Written by Amy Maizuraa

ZTE hari ini hadir dengan penawaran peranti pintar baharu di Malaysia menerusi Blade A54. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada RM369 sebuah bermula 24 November 2023. Ketersedian adalah menerusi pengedar sah ZTE di seluruh Malaysia sama ada di Shopee atau Lazada.

ZTE Blade A54 dilengkapi skrin 6.6-inci IPS LCD HD+, cip lapan teras, memori 4GB RAM dan bateri sebesar 5,000mAh. Turut disertakan sokongan RAM secara maya sehingga 4GB, di samping dwi-kamera dengan sensor utama 13MP. Selain itu peranti juga mempunyai pengimbas cap jari sisi dan imbasan wajah bagi tujuan sekuriti.